Surga Itu Nyata
www.sorga.net

Aldo McPherson


Retha's Family   Aldo McPherson
Mesej Dari Tuhan 
(Surat Aldo)
Oleh Aldo McPherson
(Diterjemahkan Oleh Ryan LG)
Ayat-ayat yang ditulis oleh seorang budak lelaki, bernama Aldo semasa Tuhan berbicara kepadanya

(Click Picture to Enlarge)

    

Sabtu, 24 Februari 2007

Bersedialah apabila Tuhan menghantar AnakNya Yesus mengambil kita.
Kerana ini akan 
terjadi lebih cepat dari yang kita sangkakan.
Tolonglah terima Yesus sebagai Juruselamat kamu. Jika tidak kamu akan terlambat! 
Ketahuilah bahawa Neraka itu betul ada (nyata), Yesus telah mempelihatkan saya segala-galanya. Percayalah dengan saya, kamu tentunya tidak mahu masuk ke Neraka itu!!
Yesus berkata, sesiapa juga yang menerima Dia tidak akan binasa.
Syurga itu dipenuhi Kasih dan mereka akan hidup bersama-sama dengan Tuhan
Bolehkah kamu mempercayai saya dan menerima Yesus.
Kamu boleh menjadi MempelaiNya, Tetapi kamu hendaklah menyerahkan seluruh hidupmu, TOLONG lakukannya sekarang!

Jumaat, 23 Februari 2007

Tahukah kamu bahawa kita akan bersama-sama di syurga?
Di sana kita tidak akan pernah sakit. Setiap orang akan sihat dan Tuhan Allah Bapa akan duduk di tahktanya dan AnakNya duduk di samping.
Kerana mempelai adalah Kudus. Mama, kamu mesti beritahu orang bahawa kita berada dalam kategori 
Gereja Laodikia(Rev 3:14-22)
Tuhan akan melakukan pengadilan kepada semua mereka yang tidak menerimaNya.

Isnin, 26 Februari 2007

Kamu mesti memberi amaran kepada semua orang bahawa Tuhan sedang dalam perjalanan dan mereka semua perlu bersedia menyambutNya.
Perjamuan Perkahwinan sedang tersedia terhidang bagi mereka yang sudah bersedia. Bacalah dalam 
Matius 25.
Saya mengasihi Tuhna Yesus terima kasih kerana mati bagi saya. Saya mengasihi engkau Roh Kudus Tuhan.
Buangkan segala benda di dalam rumah mu yang bukan dari Tuhan, mintalah pertolongan Roh Kudus.
Adakah engkau mengetahui mama, bahawa engkau dipanggil Tuhan Engkau hidup bagi Dia semata-mata.
Siapakah yang akan pergi dan memberitahu Dunia tentang Dia?
Tuhan akan menyembuhkan saya, dan saya akan berbakti kepadaNya selama saya masih hidup.

Berikut adalah salinan ayat-ayat pada surat itu yang ditulis oleh Aldo dalam Bahasa Afrika:





Website Builder